Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Walaupun pada umumnya Batu Permata dan Barangan Antik dan Mistik ini hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja, tetapi kini Batu Permata dan Barangan Mistik, Antik ini boleh dimiliki, Selain sebagai perhiasan sebenarnya Batu Permata dan barangan mistik mempunyai Rahsia yang tersendiri dengan izin Allah swt semata-mata.
Sebab itulah ianya tetap mendapat tempat dalam masyarakat di mana-mana tempat pun di dunia.
-KAMI DARI NEGERI SERAMBI MEKAH
-KEMAMPUAN KEWANGAN PEMBELI UNTUK MEMILIKI BARANGAN KAMI AKAN DIPERTIMBANGKAN JIKA BENAR-BENAR BERHAJAT.
INSYA-ALLAH.....
______________________________
SILA CLICK "CATATAN LAMA" DI PENGHUJUNG HALAMAN UNTUK KE HALAMAN SETERUSNYA
Nak Cari Barang Mistik & Antik jenis Apa? Taip saja di kotak ini Jika tidak jumpa
Isnin, 30 November 2009
Ubi Badak Jadi Batu
asalnya seketul besar berbentuk ubi badak sebenar,
tetapi sudah ditebus orang lain terlebih dahulu dan hanya ini saja yang saya dapat.
juga boleh didapati dalam bentuk permata cincin tp belum lagi dicanai menjadi permata kerana sayang nak usik,tetapi jika ada yang ingin memilikinya dalam bentuk asal..hubungi saya dengan segera,.
Labels: PERMATA DAN FOSSIL
Pangkal Taring Harimau Mati Beragan
*** Hubungi saya untuk nilai maharnya.
Cincin Geliga / Buntat Ikan - SOLD
Cincin Geliga / buntat dalam perut ikan cencaru ini diperolehi dari seorang tua yang kebutuhan wang segera dan saya bantu memaharkannya. sudah diikat dengan perak antik dan cara ikatan perak adalah jenis buatan lama. Hubungi saya untuk mengetahui mahar pindah miliknya.
***klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Labels: GELIGA-BUNTAT-MUSTIKA
Tasbih Teras Gemunggal / Kelor Hutan di tengah Pulau - NOT FOR SALES
Inilah tasbih Teras Gemunggal Hutan di pulau orang tua lama (ahli sufi) yang saya proses jadikan permata cincin. Teras ini sudah dirujuk kepada beberapa pakar kayu dan disahkan kayu teras gemunggal hutan di pulau. wallahualam... sudah digunakan oleh beliau untuk berzikir dan bersuluk. Tidak perlu diberitahu siapa pemilik tasbih tersebut kerana ia akan menimpulkan isu sensitif. Tetapi,Teras kayu Gemunggal hutan di pulau ini sememangnya berkhasiat dan sudah diketahui umum.
Labels: TASBIH
Teras Gemunggal Hutan di Pulau Gred A
Biji-biji Tasbih yang sudah dipotong untuk dijadikan permata cincin. juga boleh didapati dalam bentuk yang sudah ikat cincin tangkal kendi 3 jenis.
hubungi saya untuk maharnya.
***4 Biji sudah ditebus
Labels: TERAS DAN PERMATA KAYU
Permata Teras Kayu Gemunggal Hutan di Pulau Gred A
Sedia untuk dipindah milik.
***Paling Kiri Sudah Ditebus
3 biji permata teras Gemunggal Hutan di pulau Gred A
yang berbeza kandungan pasakkannya. sedia untuk dimaharkan. sila hubungi saya.
nampak x geliga lipan muda? Belum di gilap sepenuhnya.
*** SUDAH DITEBUS
Teras Kayu Gemunggal Hutan di Pulau yang tenggelam dalam air ini berasal dari biji2 tasbih orang tua lama (ahli sufi). sudah digunakan oleh beliau untuk berzikir dan bersuluk. Tidak perlu diberitahu siapa pemilik tasbih tersebut kerana ia akan menimpulkan isu sensitif. Tetapi,Teras kayu Gemunggal hutan di pulau ini sememangnya berkhasiat dan sudah diketahui umum. Malam pertama saya proses tasbih ini, 3 kali sy bergomol dengan khadamnya @ penggangu kerja saya. x perlu sy ceritakan panjang.. bosan nt orang lain,.Teras ini untuk menambahkan khasiatnya, saya pasakkan di tengah2nya 3 jenis bahan, iaitu Geliga lipan muda (dibawah permata), Batu dalam Buluh dan besi kursani. insyaALLAH khasiatnya bergantung kepada niat kita sendiri semata2.
Labels: PERMATA DAN FOSSIL, TERAS DAN PERMATA KAYU
Cincin Tempahan Khas Siap
- SUDAH DITEBUS
Permata campuran istimewa kayu/batu/besi/permata dipasak 3 jenis besi kuning kudrat perubatan hikmah sudah dihantar kepada penebusnya. tidaklah terlalu cantik dipandang,tp khasiatnya..hurm... diam2 sudah...insyaALLAH..
Permata campuran terdiri daripada :
Kayu larak hitam,kayu kemuning,kayu sulur Bertam,kayu tas jantan dan betina,paruh burung neleng,besi kursani,besi leleh, marjan asli,kayu penunduk,raja kayu dan buluh perindu serbuk perbagai jenis kayu, dan 3 jenis besi kuning kudrat perubatan dan tenaga(kestabilan).
Labels: CINCIN
Kulat/Cendawan Unik
Uniknya cendawan ini (unknown species),
ia keras seperti kayu dan berupa kepala ular.
- sudah dipindah milik
Permata Batu Besi Kursani Kuning Unik - SOLD
imej Permukaan atas Permata Batu Kursani kuning boleh berubah2 warna warni mengikut cuaca dan melekat pada magnet agak kuat.
imej permukaan bawah permata
Rabu, 25 November 2009
Cincin Geliga Ular Hitam - SOLD

Gambar diambil dengan menyuluh lampu dibawah permata,tembus cahaya
dan ada pusaran seperti seekor ular. mungkin ini lah barangkali yang di dakwa oleh tauke blog bahawa geliga yang sebenar ada "anak ular atau anak lipan" hehe.. gelak pulak kandaku si waliqudus tgk posting ini. terima kasih waliqudus di atas penghargaan anda dengan berkongsi barang2 berharga dengan saya.. :)

***sila sms untuk maharnya.
Labels: GELIGA-BUNTAT-MUSTIKA
Cincin Permata Mani Gajah Jadi Batu Istimewa - SOLD
Permata mani gajah istimewa ini bercampur dengan lumpur dan pati mani,ianya Melekit dan Hamis jika di gosok dengan air dan berbeza dengan mana2 mani gajah jadi batu yang lain.
***sila sms untuk mengetahui maharnya
Labels: CINCIN
Permata Mani Gajah Jadi Batu Asli - sold out
Batu mani gajah ini jika di gosok dengan air/peluh akan melekit dan berbau hamis dan hanyir. Jika saudara smua ada terbeli mani gajah jadi batu,cuba gosok2 dengan air,jika x melekit nyatalah ianya bukan mani gajah atau batu bukit yang lain. Jangan Tertipu dengan mani gajah putih berpasir kerana kebiasaannya ia adalah batu kristal yang ditukar nama kepada mani gajah.. beware!!
-Sold out
Labels: PERMATA DAN FOSSIL
TAMAT HALAMAN UTAMA
------------------------------------------------------------------------
NOTA PENTING
ATAS PELBAGAI PERSOALAN DAN PERMINTAAN KARUT DARI SEGELINTIR BROKER, TELAH BERLAKU BANYAK MASALAH. KEFAHAMAN DAN MAKLUMAN KEPADA PARA PENGUNJUNG BUDIMAN, KAMI SAMA SEKALI TIDAK BEKERJASAMA DENGAN BLOG YANG BERSIFAT "HITAM" LAIN
DAN KAMI,
-TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBERI PINJAM BARANGAN,TERLIBAT @ BERSEKONGKOL DALAM UPACARA RITUAL TERTENTU. JIKA BERASA BERASA MAHU MILIK, SILA "BELI"@"BARTER". SALAH GUNA BARANGAN, TANGGUNG SENDIRI. (MACAM BELI PISAU, POTONG BAWANG BERBEZA DENGAN BUNUH ORANG),
-TIDAK BERMINAT UNTUK JUAL BELI "KHADAM YANG JAHANNAM", MOHON NO.EKOR, PERMINTAAN ILMU "JARAK JAUH",
-TIDAK BERMINAT UNTUK MELAYAN PERMINTAAN BAHAN-BAHAN SEPERTI CEMARA/RANTAI/GELIGA BABI SEUMPAMANYA,
-TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBEKALKAN MINYAK SIHIR GUNA-GUNA, MINYAK DAGU, JENGLOT DAN SEUMPAMANYA
-TIDAK BERMINAT UNTUK MENGHANTAR/MEMBALAS ILMU SANTAU/SIHIR, DAN PELBAGAI BARANGAN DAN KAEDAH YANG BERSIFAT "HITAM".
MAAF & HARAP MAKLUM...
---------------------------------------------------------------
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Bertandang ke Blog Mega Mistik
Salam Ukhwah dari :- Andika 9
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tinta Akhir
Barangan Mistik terdiri dari kayu-kayuan, Besi dan batuan semula jadi yang semuanya terdiri daripada kandungan bahan bahan alam natural, contohnya dari Raja kayu, Kayu Bertam, Teras Kemuning hitam , Kayu Stigi. Besi kuning, Besi meleleh, Besi Berani, Besi Kursani dan perbagai Batu Alumi.. Bahan seperti kayu, besi dan batu semulajadi ada yang mengandungi kelebihan mistik yang cukup bagus, bernilai seni dan jarang terdapat di pasaran.
Permata atau barangan antik adalah dari pilihan kayu kayu atau besi besi alumi terbaik dengan harga yang mahal, tetapi cukup unik dan berharga untuk Anda simpan. Sama juga dengan barangan antik
Sekian. Assalamualaikum ..
10 Label Paling Popular
-
(Rujukan untuk mereka yang bertanyakan perihal khasiat alami batuan permata ) SEMUANYA ATAS KEIZINAN & RAHMAT ALLAH SWT YANG MENJADIKAN ...
-
Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan ne...
-
Buntat Udang Kara ini diperolehi dari sepasang Udang Kara yang mati di dalam akuarium. Bila diamati, ianya sejenis buntat yang melekit bila ...
-
Agate/Akik/Aqiq -khasiatnya pada tubuh badan : Agate,sesuai untuk lelaki mahupun wanita diyakini sangat baik untuk wanita hamil dan janin ,...
-
Foto di atas dalam keadaan normal Foto permata di bawah suluhan lampu
-
Geliga Ular (Hitam Berpusar Bila Disuluh Lampu dari bawah,keadaan biasa bewarna hitam pekat tidak lut cahaya) Geliga Ular (putih Merekah) Ge...
-
-Sila klik imej untuk tatapan lebih jelas- Permata hitam pekat, likat, berkilat & bila disuluh lampu, warna lutsinar warna merah. Ikatan...
-
Hitam,menggerutu dan telus cahaya merah bara Jelas kelihatan seperti kaki dan sisik badan lipan Berwarna kehitaman dan menggerutu Sila hubun...
-
Cincin Zamrud Colombia "Air Kaca" 16 karat. 1 karat RM1K x 16 karat + RM2500 = Harganya
-
Permata Kulat Batu Batu Smokey Kecubung Ada bintik2 Besi Kursani Kuning (Pyrite)Alami ...................................... Akik Yaman imej...