BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Banyak fakta dari sumber sejarah menunjukkan bahawa Batu Permata dan Barangan mistik dan Antik mempunyai tempat yang amat istimewa di hati kalangan masyarakat dunia khasnya masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
Walaupun pada umumnya Batu Permata dan Barangan Antik dan Mistik ini hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja, tetapi kini Batu Permata dan Barangan Mistik, Antik ini boleh dimiliki, Selain sebagai perhiasan sebenarnya Batu Permata dan barangan mistik mempunyai Rahsia yang tersendiri dengan izin Allah swt semata-mata.

Sebab itulah ianya tetap mendapat tempat dalam masyarakat di mana-mana tempat pun di dunia.
-KAMI DARI NEGERI SERAMBI MEKAH
-KAMI MEMBERIKAN HARGA ISTIMEWA BERDASARKAN KUALITI BARANG
-KEMAMPUAN KEWANGAN PEMBELI UNTUK MEMILIKI BARANGAN KAMI AKAN DIPERTIMBANGKAN JIKA BENAR-BENAR BERHAJAT.

INSYA-ALLAH.....
UNTUK SEBARANG URUSAN, SILA HUBUNGI :
Idham Al-Qarni @ "Andika 9"
Tel:+60146062090.
WhatsApp/Viber/WeChat etc: +60146062090
______________________________
SILA CLICK "CATATAN LAMA" DI PENGHUJUNG HALAMAN UNTUK KE HALAMAN SETERUSNYA

Nak Cari Barang Mistik & Antik jenis Apa? Taip saja di kotak ini Jika tidak jumpa

Isnin, 22 November 2010

Permata Batu Ungu Antik - RM100 Sebiji


-Saiz batu di jari-

Imej dibandingkan dgn syiling 1 sen dan imej batu bentuk asal
Batu Ungu (Kecubung lama) ada "Star dari celah rekahan asli batu"
ini untuk dimaharkan pada harga istimewa

Sila Call/sms

Khamis, 11 November 2010

Loket Mistik


Loket Khas ini, dulu permata dibuang dari Bingkai besi lama.
Permata dari jenis
Akik Garut Cindai

-Permukaan depan permata-
Seperti imej "Tuan Puteri" tengah bermain/menari "Mak Yong"
Siap pakai Mahkota, Bersanggul dan Berkain selendang cindai.

-Permukaan belakang loket-
Imej seakan-akan "Panglima" sedang bersilat @ beraksi Muay Thai
siap dengan tengkolok/gelung kepala Tomoi


Bingkainya dari besi Lama,berkarat dan menghakis tapi sudah ditacap.
Tangkainya pula dari besi/tembaga kuning (lekat magnet)
Di tengah tangkainya ada permata hitam
(bila suluh lampu,warna Merah darah)

-Batu sudah di sahkan Asli, bukan buatan-

-imej di sebalik suluhan lampu-
Permata loket seperti ini mungkin 1 dalam sejuta.
Salah satu batuan ciptaan Allah yang unik untuk dikongsikan


*** TATAPAN SAHAJA : Dimaharkan jika harga berpadanan***

Cincin Tembaga Putih Belah Rotan



RM150 Seunit


2 sudah di pindah milik
-Hanya 1 shj paling kanan
Bewarna Perak kekuningan dan berkilat(sukar malap)
-Saiz 17'- Rare items : Tiada di pasaran lain.
*** Sumber Besi dari Gobek Sireh Besi Tembaga Putih Tembus/pecah (very rare item)
*** menurut kitab melayu lama dinamakan Besi Kursani Kuning,
dulu kala tak ada istilah copper, brass, aurum, platinum dll.
- Pelbagai nama orang boleh letak, mungkin juga emas putih, bergantung pada penilaian masing-masing

Cincin dibuat sendiri menggunakan Tembaga Putih dari Gobek Sireh Tembus Antik ratusan tahun tapi penumbuk/pengetuk sireh gobeknya tiada.( turut dikenali sebagai Besi Putih di Brunei) Orang-orang Brunei percaya ianya digunakan sebagai lambang darjat dan wibawa diri dan ramai Pembesar di sana menggunakan logam jenis ini menurut pendapat rakan dan kenalan.
Bahagian yang lainnya untuk dileburkan menjadi bahan campuran @ buat ikatan cincin menggantikan perak kerana lembut seperti perak dan keindahan warna besinya.

Rabu, 10 November 2010

PERMATA 30 UNSUR "ANUGERAH ALAM"


-Pelbagai sudut pandang : klik imej-


Imej permukaan permata

Imej tapak permata


Pandangan sisi tepi

-Sila klik imej-

Permata buatan tangan ini untuk koleksi peribadi.
Antara bahan yang terkandung :
  1. Batu Pancawarna 7
  2. Batu Delima Buah
  3. Berlian Serai Kecil
  4. Berlian
  5. Paku Pasung Sebatang
  6. Besi Tursani
  7. Besi Buntat Bumi
  8. Batu Meteor
  9. Besi Meteor
  10. Besi Kuningan Sari
  11. Besi Kuning Tempa 9 Leleh
  12. Timah Hitam Pukat Lama
  13. Timah Hitam Serbuk Bijih Asli
  14. Tembaga Merah Gong Pecah
  15. Besi Tembaga Putih Gobek Tembus
  16. Hati Besi Merah
  17. Besi Pa'
  18. Besi Kursani
  19. Besi Leleh
  20. Batu Kursani
  21. Batu Leleh
  22. Bijih Perak
  23. Besi Puting Parang Patah
  24. Besi Kursani Gred 1
  25. Besi Baja
  26. Tembaga Kuning
  27. Tembaga Merah
  28. Serbuk Kayu Pelbagai jenis
  29. Serbuk Besi Pelbagai Jenis
  30. Cebisan Besi Berel Pecah

Cincin Besi 4 Unsur -RM350






Gabungan Besi-Besi Beragan :

  1. Besi Kuningan Sari
  2. Besi Baja Tumpat
  3. Tembaga Hati Besi Merah Ketandaan Putih
  4. Gelung Timah Hitam
UNTUK DIMAHARKAN

Selasa, 9 November 2010

Koleksi Istimewa : Cincin Akik Yaman Karomah



Urat Alur merah :- Seakan-akan Kalimah ALLAH swt

Alur hitam di bawah permata seakan-akan "Mim Ha Mim Da"

-Klik imej untuk tatapan lebih jelas-

-imej yang disuluh lampu, kelihatan imej lelaki sujud tapi tak kelihatan dalam gambar
-Mim Ha Mim Da pula agak jelas


Pandangan permukaan hadapan Permata
(bahagian bawah : kurang jelas dalam gambar imej lelaki sujud)

Pandangan sisi permata

Permata Akik Yaman Karomah ini diikat semula dengan ikatan perak ukiran pahat Jawa bunga dan berkuku suasa berpadanan dengan kualitinya. Permata ini mempunyai imej "Mata Satu" yang jelas kelihatan, lengkap dengan rona-rona bulu mata dan titik biji mata (jika dilikat secara langsung,ada urat seperti benang dari tengah biji mata sehingga ke dasar permata). Juga Ada imej "Kalimah ALLAH" bila disuluh lampu @ di sebalik cahaya matahari dan Huruf Arab Mim Ha Mim Da "Muhammad". Ada juga imej sesorang sedang sujud jika diamati secara langsung. lensa kamera tidak dapat "snap"kerana faktor pencahayaan.
Salah satu ciptaan Allah swt yang unik untuk mereka yang celik mata hatinya.
***Koleksi Peribadi
*** Dimaharkan jika "Tuan barunya" memahami maksud, khasiat dan menghargai ciptaan-Nya

4 Utas Jam Tangan Antik


Omega & Rado

Mido & Murali
*tatapan sahaja

Misteri "Besi Putih & Besi Hitam"


  • 2 Biji besi yang diperolehi sendiri di suatu tempat yang tidak masuk akal kalau cerita, Alhamdulillah.. disangkakan batu granit biasa dalam banyak-banyak batu yang ada sekitar tempat itu, tapi bila diambil dan diamati, sah ianya "Batu Besi". Mungkin daya tarikan "Ibu Besi" yang ada pada saya.
  • Satu berdaging seperti Besi Baja/aloi dan satu lagi seperti Besi leleh (lihat permukaan Besi yang saya kikir)
  • Dijumpai serentak setelah terasa macam nak "ambil angin".. 2 Besi Alami ini mempunyai karat asal berwarna putih dan satu lagi warna kehitaman karatnya.

  • Kedua-dua "Batu Besi" ini memang melekat kuat pada magnet biasa.

  • Kedua Batu ini dicantumkan untuk dijadikan permata,tanpa banyak masalah, seolah-olah memang batu ni sepadan dan sepasang.

  • Nak kasi mantap,taruk lagi besi-besi lain (tampung rongga dan lubang).
  • Cantum-cantumkan saja, belum lagi proses, jadi letih badan main besi ni. Seolah-olah tarik dan sedut tenaga kita. Bukan cerita rekaan, sememangnya Subhanallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAMAT HALAMAN UTAMA

SILA "CLICK" "CATATAN LAMA" UNTUK KE HALAMAN BERIKUTNYA..
------------------------------------------------------------------------
NOTA PENTING

ATAS PELBAGAI PERSOALAN DAN PERMINTAAN KARUT DARI SEGELINTIR BROKER, TELAH BERLAKU BANYAK MASALAH. KEFAHAMAN DAN MAKLUMAN KEPADA PARA PENGUNJUNG BUDIMAN, KAMI SAMA SEKALI
TIDAK BEKERJASAMA DENGAN BLOG YANG BERSIFAT "HITAM" LAIN
DAN KAMI,


-
TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBERI PINJAM BARANGAN,TERLIBAT @ BERSEKONGKOL DALAM UPACARA RITUAL TERTENTU. JIKA BERASA BERASA MAHU MILIK, SILA "BELI"@"BARTER". SALAH GUNA BARANGAN, TANGGUNG SENDIRI. (MACAM BELI PISAU, POTONG BAWANG BERBEZA DENGAN BUNUH ORANG),
-
TIDAK BERMINAT UNTUK JUAL BELI "KHADAM YANG JAHANNAM", MOHON NO.EKOR, PERMINTAAN ILMU "JARAK JAUH",
-
TIDAK BERMINAT UNTUK MELAYAN PERMINTAAN BAHAN-BAHAN SEPERTI CEMARA/RANTAI/GELIGA BABI SEUMPAMANYA,
-
TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBEKALKAN MINYAK SIHIR GUNA-GUNA, MINYAK DAGU, JENGLOT DAN SEUMPAMANYA
-
TIDAK BERMINAT UNTUK MENGHANTAR/MEMBALAS ILMU SANTAU/SIHIR, DAN PELBAGAI BARANGAN DAN KAEDAH YANG BERSIFAT "HITAM".

MAAF & HARAP MAKLUM...
---------------------------------------------------------------

Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Bertandang ke Blog Mega Mistik
Salam Ukhwah dari :- Andika 9
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tinta Akhir

Barangan Mistik terdiri dari kayu-kayuan, Besi dan batuan semula jadi yang semuanya terdiri daripada kandungan bahan bahan alam natural, contohnya dari Raja kayu, Kayu Bertam, Teras Kemuning hitam , Kayu Stigi. Besi kuning, Besi meleleh, Besi Berani, Besi Kursani dan perbagai Batu Alumi.. Bahan seperti kayu, besi dan batu semulajadi ada yang mengandungi kelebihan mistik yang cukup bagus, bernilai seni dan jarang terdapat di pasaran.

Permata atau barangan antik adalah dari pilihan kayu kayu atau besi besi alumi terbaik dengan harga yang mahal, tetapi cukup unik dan berharga untuk Anda simpan. Sama juga dengan barangan antik

Sekian. Assalamualaikum ..


10 Label Paling Popular