Banyak fakta dari sumber sejarah menunjukan bahawa Batu Permata mempunyai tempat yang amat istimewa dihati kalangan masyarakat dunia khasnya masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Walaupun pada umumnya Batu Permata ini hanya dimiliki oleh gulungan tertentu sahaja, tetapi kini segenap lapisan masyarakat sudah menggemarinya dan memilikinya. Selain sebagai perhiasan sebenarnya Batu Permata mempunyai Rahsia yang tersendiri. Sebabnya itulah ianya tetap mendapat tempat dalam masyarakat manapun dalam dunia ini .
Kini Batu Permata bukan milik orang kaya sahaja tetapi telah meliputi segala golongan dari bawahan hingga atasan. Masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri, mengapa memiliki Batu Permata dan salah satu sebabnya ialah Rahsia Mistiknya. Batu Permata yang asli adalah bersumber dari alam semesta serta memiliki "Daya Mistik Semula Jadi". Tanpa perlu amalan yang menyusahkan seperti Berpuasa atau Bertapa .
Antara khasiat Mistik Batu Permata ialah untuk Pengasih, Pelaris, Penggerun, Perubatan, Persihiran Keberuntungan, Nasib Mujur, Bertuah, Keselamatan, Kesenangan, Kekayaan, Kehandalan, Kekebalan dan berbagai lagi yang tidak dapat dijelaskan. Di sini di jelaskan selain dari Batu Batu Permata terdapat juga jenis Buntat atau Geliga atau Mustika.
Kepada para peminat Batu Batu Permata anda perlu terus mencungkil rahsia ini selain untuk menambah pengetahuan ianya juga akan membuka Rahsia yang selama ini tersembunyi mengenai Batu Batu Permata. Jadi selain sebagai perhiasan dapat juga menafaat Kuasa Mistiknya untuk membantu dalam penghidupan dengan izin ALLAH s.w.t.