BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Banyak fakta dari sumber sejarah menunjukkan bahawa Batu Permata dan Barangan mistik dan Antik mempunyai tempat yang amat istimewa di hati kalangan masyarakat dunia khasnya masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
Walaupun pada umumnya Batu Permata dan Barangan Antik dan Mistik ini hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja, tetapi kini Batu Permata dan Barangan Mistik, Antik ini boleh dimiliki, Selain sebagai perhiasan sebenarnya Batu Permata dan barangan mistik mempunyai Rahsia yang tersendiri dengan izin Allah swt semata-mata.

Sebab itulah ianya tetap mendapat tempat dalam masyarakat di mana-mana tempat pun di dunia.
-KAMI DARI NEGERI SERAMBI MEKAH
-KAMI MEMBERIKAN HARGA ISTIMEWA BERDASARKAN KUALITI BARANG
-KEMAMPUAN KEWANGAN PEMBELI UNTUK MEMILIKI BARANGAN KAMI AKAN DIPERTIMBANGKAN JIKA BENAR-BENAR BERHAJAT.

INSYA-ALLAH.....
UNTUK SEBARANG URUSAN, SILA HUBUNGI :
Idham Al-Qarni @ "Andika 9"
Tel:+60146062090.
WhatsApp/Viber/WeChat etc: +60146062090
______________________________
SILA CLICK "CATATAN LAMA" DI PENGHUJUNG HALAMAN UNTUK KE HALAMAN SETERUSNYA

Nak Cari Barang Mistik & Antik jenis Apa? Taip saja di kotak ini Jika tidak jumpa

Rabu, 9 September 2009

INFO-INFO MENARIK YANG WAJAR DIKETAHUI

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Rabbil`aalamin wabihi nastain walahaula walaa quwwata illa billahil `aliyyil adhzim wasolallahu ala khairi khalqihi sayyidina Muhammadin khaatimil`ambiai wal mursalin wasayyidil makhluukin wa`ala aalihi wasohbihi ajmain.

Saudara-sadaraku dengarkanlah ini....Allah SWT tidak menyuruh seseorang itu hanya semata-mata berserah diri (bertawakal). Allah SWT juga tidak menyuruh kita hanya berdoa sepanjang masa,kalau kita tidak tahu akan apa-apa maksud tujuan permohonan kita . Sebaliknya Allah SWT menyurah hambanya supaya berikhtiar,berusaha , bekerja dan berjuang dengan anggota zahir di samping di kita jaganlah lupa kepada Allah SWT Maha Pencipta.Kita disuruh supaya berdoa meminta bantuan memudahkan apa-apa pertongan dan merayu apakah masud yang kita pendamkan di dalam hati kita dengan tulus ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.Dengan keimanan dan keyakinan secara khusyuk dan tawaduk yang tiada berbelah bahagi iaitu dari lidah terus ke hati . Faham, ingat dan tahu apa-apa yang disebutkan dan dirayu itu. .. Pada masa itu doa tadi adalah pengaruh besar. Kita sedia maklum bahawa doa yang lahir dari jiwa yang suci adalah senjata yang paling ampuh sekali. lataran ianya menjadi suatu kuasa ghaib yang menjelma daripada pengaruh anggota batin yang besar ertinya kepada perjuangan hidup seseorang...Maka secara kesimpulannya, Doa dan azimat yang berlandaskan syarak itu meruapakan ikhtiar dari anggota batin yang masing-masing itu ada mempunyai rahsia yang paling sulit dan terdapat seribu satu macam HIKMAT YANG AJAIB SEKALI...

Dalam kepercayaan Islam mempercayai kuasa ada kepada benda benda sebagai mutlak(boleh memberi bekas) adalah SYIRIK(DOSA BESAR-KERANA MENYENGUTUKAN KUASA ALLAH YANG MUTLAQ) .Tetapi kepercayaan terjadinya sesuatu itu ada sebab musabbabnya diciptakan Allah berdasarkan apa yang telah ditentukan dalam `maklum mufassilNya`(ilmu Allah yang azali)tidak mengapa.Dan percaya bahawa tiap tiap sesuatu diciptakan Allah adalah untuk mempernyatakan kebesaran dan kekuasaanNya disamping untuk menjadi kegunaan atau mempunyai khasiat untuk hambaNya dan makhlukNya di dunia ini tapi dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t jualah hakikatnya berlaku sesuatu itu.Ulu tombak dan lembing yang lurus itu sudah cukup melambangkan pegangan tauhid seorang pendekar persilatan Melayu-Islam.Wallahua`alam.

__________________________________________________________

AMALAN PUTIH

Dilanjutkan bicara kalau untuk amalan putih ini begitu banyak yang diamalkan pada malam Jumaat.Diantaranya ialah :

1.Malam mempertajamkan dan memperbetulkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
2.Malam menghiasi diri dengan segala ilmu batin untuk berbuat kebaikan.
3.Malam mempertajamkan keris zahir atau keris batin untuk menewaskan segala Jin dan Syaitan.
4.Malam bertemunya beberapa ilmuwan (TokGuru) yang hebat-hebat ilmu batinnya secara zahir atau ghaib.
5. Malam meramaikan pengikut baik secara zahir atau batin.
6.Malam ramai ilmuwan(Tok Guru) mendapat petunjuk dan hidayah.Insyaallah.
7. Malam memasang pagar dan dinding konkrit zahir dan batin.

Banyak sebenarnya amalan putih yang boleh kita amalkan malam Jumaat ini.D sini adalah sedikit perkongsian saya dengan anda semua untuk memperkukuhkan dinding dan pagar ANDA.
Ini mungkin ramai yang sudah tahu cuma ingin dingatkan semula.

Ini untuk pagar diri,keluarga,rumah dan segala urusan kerana Allah.

i. Baca Istiqfar - 3 kali.

ii. Baca Selawat - 3 kali.

iii. Baca Fatihah - 1 kali.

iv. PASANG NIAT untuk memagar :

- Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana AlLah -

1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.

2. baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.

4. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.

6. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.

8. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.

10. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.

12. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.

14. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.

15. Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.

Inilah sebahagian amalan yang boleh diamalkan setiap malam Jumaat kerana malam Jumaat malam yang penuh berkat dan syafaatnya.Maaflah sekiranya saya hendak berlagak pandai macam seorang ustaz cuma ini pun saya dapat dari seorang Sahabat yang saya rahsiakan namanya demi menjaga kehebatannya.

Sejarah Buluh Perindu

Seekor ibu burung Helang, membuat sarang diatas pohon yg sangat tinggi sekali di Gunung Bondang. Ianya sedang mahu menetas telur, dan tak ingin jika sudah menetas kelak, anak2nya ada jatuh dan pergi sebelum masanya dia menjadi besar dan kuat. untuk itulah sang ibu HElang perlu satu bentuk “pegangan”.

Maka mulailah ia mencari-cari, terbang berputar kesana kemari menyusuri sungai, dengan pandangan matanya yg fokus dan tepat. Tampaklah akhirnya dari ketinggian, sebentuk kecil tumbuhan seolah-olah macam cacing. Nampak jelas tumbuhan itu ada diatas air sungai, dan anehnya malah seolah hidup berenang melawan arus sungai yg deras.
Segera sang ibu meluru tajam kebawah dan menangkapnya dengan paruhnya. Kemudian dibawa terbang dan diletakkan di sarangnya.

Tidak lama kemudian, telurnya pun menetasdan ia berasa bahagia, ada beberapa ekor anaknya yg telah ia lahir ke dunia. Ketika anak2nya lapar dan perlu makanan, pergilah sang induk burung dengan
tenangnya. kerana ia sangat yakin, anak2nya akan terjaga dari sebarang gangguan jahat oleh kerana keajaiban Buluh Perindu yg ada pada sarangnya tersebut.
Maka dengan buluh perindu itu, anak2nya pada beradab dan tidak nakal untuk meloncat kesana kemari, sangat setia tinggal dalam sarangnya.

Sampai saatnya si anak burung pun dewasa.Maka mereka mulailah berlatih mengharungi angkasa kerana semangat untuk terbang, si anak burung jadi lupa untuk segera pulang.
Namun Sang ibu burung sudah begitu yakin dengan buluh perindu. Cukup dengan memegang Bulu Perinduh pada sarang tersebut, kemudian ia membaca mantera berupa siulan dan jeritan tajam, maka dipastikan semua anak2nya yg pergi terbang jauh, semuanya terpanggil dan tidak ada yg dapat menentang, semuanya datang kembali ke pangkuan ibunya........Allahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAMAT HALAMAN UTAMA

SILA "CLICK" "CATATAN LAMA" UNTUK KE HALAMAN BERIKUTNYA..
------------------------------------------------------------------------
NOTA PENTING

ATAS PELBAGAI PERSOALAN DAN PERMINTAAN KARUT DARI SEGELINTIR BROKER, TELAH BERLAKU BANYAK MASALAH. KEFAHAMAN DAN MAKLUMAN KEPADA PARA PENGUNJUNG BUDIMAN, KAMI SAMA SEKALI
TIDAK BEKERJASAMA DENGAN BLOG YANG BERSIFAT "HITAM" LAIN
DAN KAMI,


-
TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBERI PINJAM BARANGAN,TERLIBAT @ BERSEKONGKOL DALAM UPACARA RITUAL TERTENTU. JIKA BERASA BERASA MAHU MILIK, SILA "BELI"@"BARTER". SALAH GUNA BARANGAN, TANGGUNG SENDIRI. (MACAM BELI PISAU, POTONG BAWANG BERBEZA DENGAN BUNUH ORANG),
-
TIDAK BERMINAT UNTUK JUAL BELI "KHADAM YANG JAHANNAM", MOHON NO.EKOR, PERMINTAAN ILMU "JARAK JAUH",
-
TIDAK BERMINAT UNTUK MELAYAN PERMINTAAN BAHAN-BAHAN SEPERTI CEMARA/RANTAI/GELIGA BABI SEUMPAMANYA,
-
TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBEKALKAN MINYAK SIHIR GUNA-GUNA, MINYAK DAGU, JENGLOT DAN SEUMPAMANYA
-
TIDAK BERMINAT UNTUK MENGHANTAR/MEMBALAS ILMU SANTAU/SIHIR, DAN PELBAGAI BARANGAN DAN KAEDAH YANG BERSIFAT "HITAM".

MAAF & HARAP MAKLUM...
---------------------------------------------------------------

Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Bertandang ke Blog Mega Mistik
Salam Ukhwah dari :- Andika 9
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tinta Akhir

Barangan Mistik terdiri dari kayu-kayuan, Besi dan batuan semula jadi yang semuanya terdiri daripada kandungan bahan bahan alam natural, contohnya dari Raja kayu, Kayu Bertam, Teras Kemuning hitam , Kayu Stigi. Besi kuning, Besi meleleh, Besi Berani, Besi Kursani dan perbagai Batu Alumi.. Bahan seperti kayu, besi dan batu semulajadi ada yang mengandungi kelebihan mistik yang cukup bagus, bernilai seni dan jarang terdapat di pasaran.

Permata atau barangan antik adalah dari pilihan kayu kayu atau besi besi alumi terbaik dengan harga yang mahal, tetapi cukup unik dan berharga untuk Anda simpan. Sama juga dengan barangan antik

Sekian. Assalamualaikum ..

10 Label Paling Popular