2 Jenis Batu Kemuning Tanah @ Batu Tok Wali yang berlainan
dan kedua-duanya melekat pada magnet. -Mereka yang tahu pasti nampak- Batu Penawar Tok Wali @ Batu Kemuning Tanah
Menurut Lagenda dan cerita orang-orang lama,
Batu Penawar Tok Wali @ Batu Penawar Kemuning Tanah mendapat nama sempena dengan kemunculan bongkah batu berupa busut anai-anai berdekatan dengan kawasan@tempat para-para Wali Allah dan "Para pejuang di sempadan" selalu bersuluk dan menyendiri beribadat kepada Allah SWT.
Batu ini kononnya berupa busut itu membesar dan membukit, dan seolah-olah hidup dan mempunyai khasiat penawar besar mungkin atas Karomah yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada para Aulia-Nya dan untuk hamba-Nya yang soleh dengan izin Allah jua. Khasiat yang diceritakan adalah pelbagai sehingga "luar batas lojik pemikiran". Ada juga yang mengatakan Batu ini dinamakan Batu Kemuning Tanah, kerana ada pendapat mengatakan batu jenis ini yang bewarna hitam dan pekat seperti Kayu Kemuning Hitam adalah yang terbaik. Fakta ini hanya sekadar lisan, tanpa bukti yang sahih,
Batu ini cuma seketul batu yang melekat magnet semata-mata, dan ini antara salah satu keterbukaan minda untuk sama-sama kita fikirkan akan kemurahan rahmat dan kekuasaan Allah s.w.t..
Khasiat sebenar Batu ini, biarlah Allah s.w.t yang menentukan hal-ehwal perihal yang tersirat. Bagi mereka yang mengalami sendiri akan khasiatnya, tentu akan tersenyum manis dan mensyukuri nikmat-Nya.
Dimaharkan dalam bentuk permata @ siap cincin. Sila call/sms
*ada juga menamakan Batu Tabasheer dan Batu Magani.
*Batu Geliga Buluh Tabasheer dari jenis lain, bukan seperti gambar di atas.
*Mungkin seiras, Batuan ini dari sebuah Bukit di Kelantan. Ada juga di Pahang @ Sekitar Banjaran Titiwangsa.
"Lain padang lain belalang"